Skip to main content

Dunia

Maharani Nakshatra Kusyala wanita pertama Speaker Parlimen Indonesia

Buat julung-julung kalinya dalam tempoh 74 tahun, seorang wanita dipilih menjadi Speaker Parlimen Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:
Maharani Nakshatra Kusyala wanita pertama Speaker Parlimen Indonesia

Puan Maharani Nakshatra Kusyala wanita pertama menjadi Speaker Parlimen Indonesia. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 02 Oct 2019 06:53PM Dikemas Kini : 02 Oct 2019 06:55PM

JAKARTA: Buat julung-julung kalinya dalam tempoh 74 tahun, seorang wanita dipilih menjadi Speaker Parlimen Indonesia.

Beliau adalah Puan Maharani Nakshatra Kusyala, anak kepada mantan Presiden Megawati Soekarnoputri yang juga pemimpin parti PDIP.

Puan Maharani sebulat suara dipilih PDIP, parti yang memenangi kerusi paling banyak dalam Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia semasa pilihan raya umum lalu.

Beliau pernah menjadi Menteri Penyelaras Pemberdayaan Manusia dan Kebudayaan di dalam kabinet Presiden Joko Widodo sejak 2014.

Sebagai Speaker Parlimen, cucu presiden pertama Indonesia Sukarno itu dijangka memimpin usaha menyemak semula lapan rang undang-undang.

Salah satunya mengenai undang-undang anti rasuah yang diluluskan baru-baru ini oleh parlimen lalu.

Langkah tersebut mencetuskan kemarahan para pelajar, yang kemudian bertindak mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran, kerana dianggap melemahkan kuasa Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK). 

Sumber : Bernama/Agensi berita/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita