Skip to main content

Dunia

Maghribi sahkan kes pertama mpox

Anggaran Waktu Membaca:
RABAT: Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Sosial Maghribi melaporkan kes pertama mpox di bandar selatan Marrakech pada Khamis (12 Sep).

Ini merupakan kes pertama yang dilaporkan di Maghribi di tengah-tengah wabak tersebut di peringkat global, lapor Xinhua sambil memetik laporan agensi berita rasmi MAP.

Menurut kementerian kesihatan tempatan, pesakit kini berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan perubatan yang sewajarnya.

Langkah pengasingan dan pemantauan dilaksanakan mengikut piawai kesihatan nasional dan antarabangsa. 

Siasatan epidemiologi sedang dijalankan untuk mengesan semua kontak rapat pesakit dan tiada simptom dikesan pada semua kontak rapat setakat ini, menurut laporan. 

Kementerian Kesihatan Maghribi turut menggesa rakyat negara itu agar merujuk kepada sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang tepat bagi mengelakkan penyebaran khabar angin dan maklumat salah. 

Pihaknya juga menasihatkan orang ramai agar mengamalkan langkah-langkah pencegahan termasuk kerap mencuci tangan, mengelakkan kontak langsung dengan individu yang dijangkiti atau disyaki, serta menjaga kebersihan diri. 

Maghribi pernah melaporkan kes mpox pada 2022. 

Pada 14 Ogos, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak mpox di Afrika sebagai kecemasan kesihatan awam yang menjadi kebimbangan antarabangsa, berikutan kemunculan varian yang lebih berbahaya, klad 1b.

Varian itu kali pertama dikesan di Republik Demokratik Congo pada September 2023. 
Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita