Maghribi negara pertama larang kemasukan pelawat dari China
(Gambar: EPA-EFE)
RABAT: Maghribi melarang kemasukan semua pelawat dari China, menjadikannya negara Afrika pertama untuk melaksanakan langkah sekatan di tengah-tengah keprihatinan mengenai penularan COVID-19 susuli pelonggaran langkah pandemik China.
Keputusan itu dibuat selepas Kanada dan Australia yang mewajibkan pelawat dari China, Hong Kong dan Macau untuk menjalani ujian COVID-19 sebelum berangkat.
Amerika Syarikat, Britain, Israel, Sepanyol, Perancis, Jepun, Korea Selatan dan India juga mengambil langkah serupa.
Namun, Maghribi merupakan negara pertama untuk mengenakan larangan langsung ke atas pelawat dari China.
Sesiapa saja yang tiba dari China tidak akan dibenarkan masuk mulai 3 Januari, menurut Kementerian Luar Maghribi pada Ahad (1 Jan).
"Disebabkan situasi kesihatan semasa berhubung COVID-19 di China dan untuk mengelak gelombang jangkitan baru di Maghribi serta kesan-kesannya, semua pelawat yang tiba dari China, tidak kira kerakyatan mereka, dilarang masuk Maghribi," menurut kenyataan kementerian tersebut.
Langkah tersebut "tidak akan menjejas persahabatan kukuh antara rakyat kedua-dua negara, dan kerjasama strategik dua hala," tambahnya.
Hampir 200,000 pelancong dari China mengunjungi Maghribi pada 2018 dan ia menyasarkan untuk menarik 500,000 pelawat dari China setiap tahun, menurut kerajaan Maghribi pada 2019, sebelum dilanda pandemik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.