Skip to main content

Dunia

Maghribi mula hantar bantuan makanan, kemanusiaan melalui udara ke Gaza

Pemerintah Maghribi bersedia memulakan penghantaran makanan dan bantuan kemanusiaan menerusi udara ke Gaza pada Isnin (11 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
MAGHRIBI: Pemerintah Maghribi bersedia memulakan penghantaran makanan dan bantuan kemanusiaan menerusi udara ke Gaza pada Isnin (11 Mac).

Menggunakan enam pesawat pengangkut Hercules, Tentera Udara Diraja Maghribi, pesawat itu berlepas pagi Isnin sebagai sebahagian daripada usaha antarabangsa sekali gus mengurangkan krisis di rantau itu.

Misi bantuan kemanusiaan itu dilaporkan pada program 'This Morning' di KAN Reshet B, sebuah stesen radio dikendalikan Perbadanan Penyiaran Israel.

Maghribi menyertai senarai negara luar yang menghantar bantuan di kawasan itu, termasuk Jordan, Mesir, Amerika Syarikat, Perancis, Belgium dan Belanda.

Operasi Maghribi itu dijalankan di bawah arahan Raja Mohammed VI.

Ini adalah tanda muhibah dari Maghribi kepada penduduk Gaza semasa bulan suci Ramadan yang bermula pada Isnin.

Israel dan Maghribi telah mewujudkan perjanjian diplomatik sebagai sebahagian daripada Perjanjian Abraham, dengan Israel juga terlibat dalam perjanjian keselamatan dengan Maghribi.

Bagaimanapun, pencerobohan Israel baru-baru ini terhadap rakyat Palestin di Gaza mencetuskan protes besar-besaran di Rabat, dengan puluhan ribu rakyat Maghribi menuntut hubungan diplomatik antara kedua-dua negara diputuskan.

Menurut laporan itu, bantuan makanan dari udara oleh Maghribi menunjukkan komitmen pemerintah untuk membantu orang awam di Gaza.

Pengerusi Jawatankuasa Al-Quds, Raja Mohammed VI merupakan pemimpin barisan hadapan yang menuntut penyelesaian aman dan gencatan senjata dilakukan di Gaza.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita