Maghribi keluarkan amaran risiko kebakaran hutan ekstrem di 6 wilayah
Anggaran Waktu Membaca:
- Agensi Nasional Air dan Hutan Maghribi mengeluarkan amaran merah risiko kebakaran hutan ekstrem di enam wilayah bermula 11 hingga 15 September.
- Penduduk berhampiran hutan, pekerja, pelancong dan pengunjung digesa berwaspada dan mengelakkan aktiviti yang boleh mencetuskan kebakaran.
- Selain itu, 24 wilayah lain diletakkan di bawah amaran jingga yang menunjukkan risiko tinggi kebakaran hutan.
- Agensi menggunakan sistem amaran awal berdasarkan cuaca dan tumbuh-tumbuhan, serta meminta orang ramai segera memaklumkan pihak berkuasa jika mengesan asap atau tingkah laku mencurigakan.
RABAT: Maghribi mengeluarkan amaran risiko kebakaran hutan ekstrem di enam wilayah pada Jumaat (11 Sep), selain menggesa penduduk berhampiran kawasan hutan supaya berwaspada sehingga Selasa (15 Sep), lapor Anadolu Ajansi (AA).
Agensi Nasional Air dan Hutan Maghribi mengeluarkan amaran merah bagi Fahs-Anjra, Tangier-Assilah, Taounate, Taza, Essaouira dan Taroudant, yang menunjukkan risiko ekstrem berlakunya kebakaran.
Agensi itu menggesa penduduk berhampiran hutan, selain pekerja, pelancong dan pengunjung, supaya mengambil langkah berjaga-jaga serta mengelakkan aktiviti yang boleh mencetuskan kebakaran.
Sebanyak 24 wilayah lagi diletakkan di bawah amaran jingga, yang menunjukkan risiko tinggi berlakunya kebakaran hutan.
Agensi itu turut menggesa orang ramai agar segera memaklumkan pihak berkuasa tempatan sekiranya melihat asap atau tingkah laku mencurigakan.
Maghribi menggunakan sistem amaran awal yang dikendalikan Agensi Nasional Air dan Hutan bagi menilai risiko kebakaran hutan berdasarkan keadaan cuaca dan litupan tumbuh-tumbuhan.
Pihak berkuasa sebelum ini memaklumkan sebanyak 310 kebakaran hutan direkodkan dari awal tahun hingga 20 Julai, memusnahkan sekitar 1,850 hektar kawasan.

Sumber : Bernama/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.