Skip to main content

Dunia

Maghribi gesa Liga Arab adakan mesyuarat tergempar bincang situasi di Gaza

Anggaran Waktu Membaca:
TAFEGHAGHTE: Maghribi telah meminta Liga Arab mengadakan mesyuarat tergempar peringkat Menteri Luar bagi membincangkan keadaan yang semakin meruncing di Carikan Gaza berikutan serangan tentera Israel sejak Sabtu (7 Okt).

Kedutaan Maghribi dalam satu kenyataan berkata Raja Mohammed VI yang merupakan pengerusi Majlis Liga Arab semasa juga telah mengarahkan keperluan mencari cara untuk menghentikan peningkatan berbahaya yang menyasarkan orang awam.

Ia berkata rundingan intensif sedang dilakukan untuk mesyuarat itu diadakan minggu ini di ibu pejabatnya di Kaherah, Mesir.

Ditubuhkan pada 1945, Liga Arab kini dianggotai 22 negara termasuk Palestin.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita