Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

MAFI sedia bantu pihak berminat bawa masuk sumber makanan luar negara

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Malaysia akan membantu mana-mana pihak yang berminat membawa masuk sumber bekalan makanan ke dalam negara, terutamanya ayam dari loji pemprosesan yang sah, menyusuli pemansuhan kelulusan kuota import (AP), kata Ketua Setiausaha MAFI Haslina Abdul Hamid.
 

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Malaysia akan membantu mana-mana pihak yang berminat membawa masuk sumber bekalan makanan ke dalam negara, terutamanya ayam dari loji pemprosesan yang sah, menyusuli pemansuhan kelulusan kuota import (AP), kata Ketua Setiausaha MAFI Haslina Abdul Hamid.

Beliau berkata langkah membawa masuk ayam dari luar negara dan arahan Kabinet untuk menghentikan eksport ayam bermula 1 Jun akan menstabilkan bekalan ayam dalam masa terdekat.

“Bagi pihak yang berminat membawa masuk sumber makanan dari luar, MAFI akan membantu dari segi memudahkan urusan perniagaan.

Sementara bagi isu bayaran subsidi kepada penternak ayam yang sebelum ini didakwa lewat, sudah mula ada langkah intervensi dari MAFI.

“Kesan positif semua langkah ini diharap dapat dilihat dalam waktu terdekat,” katanya ketika diwawancara secara dalam talian semasa program Ruang Bicara Khas bertajuk 'Pendekatan Bersama MAFI dan KPDNHEP: Selesaikah Isu Bekalan Ayam' terbitan Bernama TV, yang disiarkan secara langsung pada Jumaat (27 Mei).

Mengenai penyelesaian jangka panjang bagi isu bekalan makanan negara, Cik Haslina berkata MAFI komited untuk meningkatkan tahap sara diri negara, terutamanya bagi pengeluaran daging.

Sebagai contoh, katanya, jagung bijian - yang merupakan makanan bagi ternakan dan dulunya diimport - kini akan mula ditanam di dalam negara secara besar-besaran di Chuping, Perlis, melalui pelibatan syarikat berkaitan kerajaan.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Mohd Yusof - yang turut menjadi tetamu dalam program yang sama - berkata isu kenaikan harga dan kurang bekalan ayam pada masa ini dijangka diatasi dalam masa sebulan.

Encik Azman berkata KPDNHEP akan terus menganjurkan pelbagai program penjualan dari semasa ke semasa bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga yang berpatutan.
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan