Skip to main content

Dunia

MAFI bersedia olah, tambah baik pelan tindakan makanan M'sia

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Malaysia bersedia untuk menambah baik dan mengolah semula Pelan Tindakan melibatkan komoditi makanan bagi meningkatkan tahap sara diri (SSL) untuk memastikan sekuriti makanan di dalam negara terjamin. 

Anggaran Waktu Membaca:
MAFI bersedia olah, tambah baik pelan tindakan makanan M'sia

Guni-guni beras yang dijual di pasar raya di Penang pada 17 Mac 2020. (Gambar fail: Goh Chai Hin/AFP)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Malaysia bersedia untuk menambah baik dan mengolah semula Pelan Tindakan melibatkan komoditi makanan bagi meningkatkan tahap sara diri (SSL) untuk memastikan sekuriti makanan di dalam negara terjamin. 

Menteri MAFI, Dr Ronald Kiandee, berkata langkah itu melibatkan Dasar Agro Makanan Negara 2.0 dan Dasar Sekuriti Makanan Negara (DSMN) khususnya apabila negara sebelum ini belum berhadapan keadaan pasca-pandemik yang mencabar.

Beliau berkata perkembangan terkini melibatkan konflik geopolitik (peperangan Rusia-Ukraine) dan kesan penutupan sempadan ketika pandemik sudahpun menimbulkan keperluan itu. 

"Apabila kita merangka DSMN dan Dasar Agro Makanan Negara, kita belum berhadapan satu tahap pasca-pandemik yang mencabar. Namun perkembangan terbaru menambah cabaran terhadap rantaian makanan negara bukan sahaja di Malaysia tetapi juga seluruh dunia. 

"Jadi kita di kementerian ini bersedia untuk menambah baik pelan-pelan tindakan yang telah kita olah dalam keadaan yang kurang mencabar dan disesuaikan dalam keadaan kini yang mencabar," katanya dalam temu bual eksklusif bersama BernamaTV.

Pada masa sama, beliau memaklumkan kerajaan berjaya menangani kesan daripada gangguan rantaian bekalan sekali gus mengelakkan negara daripada berhadapan dengan keadaan krisis yang melampau. 

"Kita sentiasa bersedia untuk melakar dan mengolah Pelan-Pelan Tindakan yang strategik dan perlu bagi memastikan gangguan ini tidak memberi kesan krisis kepada bekalan rantaian makanan di negara kita," katanya.
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita