Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Madinah sediakan 200 bas ulang-alik ke Masjid Nabawi, Masjid Quba di bawah projek baru

Anggaran Waktu Membaca:

MADINAH: Penguasa Pembangunan Daerah Al-Madinah melancarkan projek Bas Madinah yang menyediakan khidmat pengangkutan awam, dengan hampir 200 bas moden disediakan, lapor Saudi Gazette. 

Khidmat pengangkutan awam itu menyasarkan untuk membawa individu ke Masjid Nabawi, Masjid Quba dan beberapa stesen di Madinah semasa bulan Ramadan. 

Tujuh laluan diwujudkan bagi menyediakan pengangkutan berkala untuk membawa para individu berulang-alik dari Masjid Nabawi dan Masjid Quba, bermula dari pukul 3.00 petang sehingga sejam setelah habis solat Tarawih. 

Khidmat tersebut akan disediakan pada 10 hari terakhir Ramadan sehingga sejam selepas solat qiamullail. 

Selain itu, khidmat itu akan disediakan di 6 lokasi berbeza bagi membawa para individu ke destinasi mereka, seperti dari stadium sukan, Durrat Al Madinah, Sayyid Al-Shuhada, Universiti Islam Madinah, Al Khalidiyyah dan estet Shtayyeh. 

Lokasi ketujuh pula adalah di tempat letak kenderaan di Pusat Beli-Belah Aliat untuk membawa para individu ulang-alik ke Masjid Quba, menurut Saudi Gazette. 

Berhubung pengangkutan awam, pihak berkuasa turut mengenal pasti 98 stesen dengan lima laluan bagi menyediakan pengangkutan awam di bawah projek bas Madinah sempena Ramadan ini. 

Laluan pertama adalah menaiki kereta api Haramain untuk menuju ke Masjid Nabawi, yang melalui tiga stesen beroperasi sepanjang hari dan juga laluan dari Lapangan Terbang Putera Mohammed Bin Abdulaziz ke Masjid Nabawi, yang melalui dua stesen beroperasi sepanjang hari. 

Selain itu, terdapat laluan dari Universiti Taibah ke Pusat Beli-Belah Aliat, yang melalui 34 stesen, beroperasi dari pukul 3.00 pagi hingga pukul 3.00 petang; laluan dari Miqat ke Al Khaliddiyah, yang melalui 38 stesen, beroperasi dari pukul 3.00 pagi hingga pukul 3.00 petang, serta laluan kelima iaitu dari Qaswaa ke Sayyid Al-Shuhada yang melalui 21 stesen, dan mempunyai waktu operasi yang serupa dengan laluan-laluan lain. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan