Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Madinah sambut gelombang jemaah jelang musim haji

Anggaran Waktu Membaca:
MADINAH: Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed bin Abdulaziz di Madinah menyaksikan ketibaan penerbangan yang tidak henti-henti, membawa jemaah haji dari seluruh dunia.

Madinah menjadi tanah haram kedua setelah Masjidil Haram di Makkah yang menerima jemaah haji.

Ramai yang memilih datang ke Madinah untuk menziarahi makam Nabi Muhamaad s.a.w, menunaikan solat di Masjid Nabawi dan mengunjungi masjid-masjid serta tapak-tapak bersejarah lain di Kota Madinah al-Munawarah.

Pihak berkuasa menyambut jemaah di lapangan terbang dengan memberikan bunga mawar serta kurma. Prosedur kemasukan bagi jemaah juga dilaporkan berjalan dengan lancar, menurut agensi berita Saudi Gazette.

Sementara itu, Penguasa Bulan Sabit Merah Arab Saudi (SRCA) di wilayah Madinah telah mula menguatkuasakan pelan operasi bagi musim haji tahun ini.

Ketua Pengarah cawangan SRCA di Madinah Dr Ahmad bin Ali Al-Zahrani menjelaskan bahawa pelan itu bertujuan unutk menyediakan khidmat perubatan kecemasan kepada pengunjung ke Masjid Nabawi dan jalan raya menuju ke Madinah. Beliau menambah bahawa pelan tersebut akan beroperasi sehingga 15 Muharam bersamaan 2 Ogos, seperti dipetik laporan Saudi Gazette.

Secara keseluruhannya, seramai 1,410 pegawai dan sukarelawan dikerahkan untuk memberi khidmat kepada jemaah.

Encik Al-Zahrani menarik perhatian bahawa 45 pusat kecemasan mengambil bahagian dalam pelaksanaan pelan tersebut, termasuk 79 pasukan paramedik yang dilengkapi dengan kenderaan terkini, dan 710 pegawai lain yang bersedia menjalankan perkhidmatan ambulans udara.

Tambahnya lagi, ruang di Masjid Nabawi dan kawasan sekitarnya akan tambah untuk memenuhi jumlah jemaah yang datang ke masjid tersebut, lapor Saudi Gazette. Seramai 700 sukarelawan turut berkhidmat di Masjid Nabawi.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan