Macron gesa Eropah tidak terlibat konfrontasi AS-China berhubung Taiwan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Reuters)
PARIS: Eropah sewajarnya tidak mengikut "rentak Amerika" dan tidak terlibat dalam konfrontasi antara Amerika Syarikat (AS) dan China berhubung isu Taiwan, kata Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Ahad (9 Apr).
Beliau berkata Eropah tidak sepatutnya mengikut rentak Amerika dan China yang keterlaluan memaksa orang lain membuat keputusan mengikut kehendak mereka, lapor Sputnik yang memetik kenyataan Presiden Macron.
Sebaliknya, Eropah perlu "bangun" dan memikirkan kepentingan mereka sendiri.
"Keutamaan kami adalah untuk tidak menyesuaikan diri dengan agenda negara lain di semua wilayah di dunia," kata pemimpin Perancis itu.
Kenyataan Presiden Macron dikeluarkan selepas lawatannya ke China minggu lalu yang menyaksikan beliau memuji peranan Beijing dalam arena antarabangsa dan menggariskan kepentingan hubungan dua hala Perancis-China dalam pelbagai bidang.
Beberapa siri kontrak komersil turut ditandatangani antara syarikat kedua-dua negara semasa lawatan itu.
Isu Taiwan kembali hangat pada Ogos lalu selepas Speaker Dewan AS ketika itu Nancy Pelosi melakukan lawatan ke pulau tersebut.
Beijing yang menganggap lawatan itu sebagai tanda sokongan terhadap pemisahan Taiwan, melancarkan latihan ketenteraan berskala besar di sekitar pulau itu.
Walaupun dibantah China, lawatan Cik Pelosi mencetuskan lebih ramai ahli politik Barat melawat Taiwan.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.