Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Macau lancar lebih banyak ujian susuli lonjakan kes COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Macau lancar lebih banyak ujian susuli lonjakan kes COVID-19

Pegawai kesihatan Hong Kong memberi amaran keadaan penularan COVID-19 itu semakin membimbangkan.

HONG KONG: Macau melancarkan pusingan baru ujian COVID-19 pada Isnin (4 Jun) bagi lebih 600,000 penduduk di bandar tersebut.

Para pegawai sedang mengejar masa untuk mengawal jumlah kes jangkitan yang semakin meningkat, yang disifatkan sebagai paling teruk pernah melanda hab perjudian terbesar di dunia itu sejak pandemik bermula.

Ujian koronavirus yang dijalankan ke atas semua penduduk akan dijalankan sebanyak tiga kali minggu ini di seluruh bandar berkenaan. Para penduduk dikehendaki mengambil ujian pantas antigen (ART) antara ketiga-tiga ujian saringan itu.

Langkah itu diambil selepas Macau melaporkan 90 kes baru pada Ahad (3 Jul).

Jumlah terkumpul adalah sebanyak 784 kes sejak pertengahan Jun dan lebih 11,000 penduduk kini dikuarantin.

Sekalipun Macau belum mengkuatkuasakan perintah berkurung seperti yang disaksikan di bandar-bandar tanah besar China seperti Shanghai, sebahagian besar Macau sudah ditutup.

Semua khidmat tidak penting pemerintah, sekolah, taman dan kemudahan sukan dan hiburan sudah ditutup.

Restoran pula hanya dibenarkan untuk menyediakan makanan untuk dibawa pulang.

Langkah tegas itu dikuatkuasakan selepas sebahagian besar Macau bebas COVID-19 sejak koronavirus menular pada Oktober 2021.

Jumlah kes di Macau masih rendah berbanding jumlah jangkitan harian di kawasan-kawasan lain. Di Hong Kong misalnya, jumlah jangkitan sudah melonjak kepada lebih 2,000 kes sehari pada bulan ini.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan