Macau dikawal ketat jelang lawatan Presiden China
Macau kini dikawal amat ketat menjelang lawatan Presiden China, Xi Jinping ke pusat perjudian itu mulai hari ini (18 Dis).
MACAU: Macau kini dikawal amat ketat menjelang lawatan Presiden China, Xi Jinping ke pusat perjudian itu mulai hari ini (18 Dis).
Sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan, pihak berkuasa sudah menggantung perkhidmatan kereta apinya yang baru dilancarkan seminggu lalu.
Sejak minggu lalu juga, buat pertama kalinya, para anggota polis dari tanah besar China telah mengawal sebuah pusat pemeriksaan baru di pulau buatan manusia yang menghubungkan Macau, Hong Kong dan Zhuhai menerusi sistem jambatan dan terowong.
Presiden Xi melakukan lawatan tiga hari ke Macau sempena ulang tahun ke-20 penyerahan semula bekas tanah jajahan Portugal itu kepada China.
Macau dipulangkan kepada China pada 20 Disember 1999 di bawah prinsip pentadbiran "satu negara, dua sistem", sama seperti yang dilakukan bagi Hong Kong.
Semasa lawatannya, Presiden Xi dijangka mengumumkan pelbagai langkah sokongan kepada Macau yang mempunyai 700,000 penduduk.
Banyak pihak menganggapnya sebagai ganjaran Beijing kepada kemantapan dan kesetiaan Macau kepada China, tidak seperti Hong Kong yang dilanda bantahan anti pemerintah sejak tujuh bulan lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.