Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia tubuh mahkamah khas kes pemerdagangan manusia

Malaysia akan menubuhkan mahkamah khas bagi mengendalikan kes-kes pemerdagangan manusia yang tertunggak tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini (13 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia tubuh mahkamah khas kes pemerdagangan manusia

Gambar fail Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat ucapan di sebuah forum. (Gambar: ROSLAN RAHMAN/AFP)

Diterbitkan : 13 Jan 2018 06:33PM Dikemas Kini : 13 Jan 2018 06:37PM

BAGAN DATUK, MALAYSIA: Malaysia akan menubuhkan mahkamah khas bagi mengendalikan kes-kes pemerdagangan manusia yang tertunggak tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini (13 Jan).

Menurutnya, penubuhan mahkamah khas itu sangat penting untuk membuktikan kesungguhan kerajaan Malaysia dalam membicarakan kes pemerdagangan manusia sama ada ia dilakukan oleh individu atau ejen tempatan dan luar negara.

"Isu pemerdagangan manusia ini satu isu lama dan oleh kerana kes sedemikian dibicarakan di mahkamah sivil atau mahkamah pelbagai (lain) dengan hakim yang berlatarbelakangkan pelbagai, maka Kementerian Dalam Negeri mencadangkan supaya mahkamah khas ini mempunyai seorang hakim yang mempunyai kepakaran dalam soal ini (pemerdagangan manusia), " katanya selepas merasmikan program Multaqa Permuafakatan Masjid, Surau dan Sekolah Agama Rakyat Daerah Bagan Datuk.

Semalam (12 Jan), Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Shari memaklumkan mahkamah khas itu akan ditubuhkan pada Mei atau Jun tahun ini bermula di Klang, Selangor, Ipoh, Perak, Melaka, Muar, Johor, Kota Kinabalu, Sabah dan Balik Pulau, Pulau Pinang.

Selain itu, Dr Ahmad Zahid turut berkata bahawa usaha kerajaan menubuhkan mahkamah khas tersebut berjaya meletakkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa sebagai negara yang memberi perhatian serius terhadap isu pemerdagangan manusia.

"Tahap keyakinan (menerusi penubuhan mahkamah) dapat dipertingkatkan bukan kerana soal penarafan tetapi soal keprihatinan terhadap mempercepatkan kes pemerdagangan manusia yang selama ini banyak tertangguh disebabkan kekurangan hakim," katanya. 

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan