Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia terima sumbangan ventilator RM2 juta dari syarikat global berpangkalan di S'pura

Beberapa hospital di Malaysia akan menerima sumbangan ventilator Alpha bernilai kira-kira RM2 juta (S$653,773) untuk membantu pesakit yang mengalami masalah pernafasan yang teruk di wad unit jagaan rapi (ICU).

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia terima sumbangan ventilator RM2 juta dari syarikat global berpangkalan di S'pura

Keadaan di hospital swasta di Sunway di pinggir Kuala Lumpur pada 7 Okt 2020. (Gambar: Vincent Thian/AP Photo)

Diterbitkan : 17 Feb 2021 06:58PM Dikemas Kini : 17 Feb 2021 07:03PM

KUALA LUMPUR: Beberapa hospital di Malaysia akan menerima sumbangan ventilator Alpha bernilai kira-kira RM2 juta (S$653,773) untuk membantu pesakit yang mengalami masalah pernafasan yang teruk di wad unit jagaan rapi (ICU).

Ventilator sumbangan syarikat teknologi perubatan global berpangkalan di Singapura itu akan dihantar ke hospital di negeri-negeri dengan kadar jangkitan dan jumlah pesakit dimasukkan ke hospital yang tinggi, dengan penerima pertama Hospital Selayang di Selangor.

Advanced MedTech Holdings dalam satu kenyataan memaklumkan sumbangan itu adalah sebahagian daripada Projek Billion Breath kendalian syarikat itu, bertujuan untuk menyokong pekerja kesihatan dalam memerangi COVID-19.

Ventilator Alpha membolehkan sekumpulan kecil petugas kesihatan memantau dan menyesuaikan tetapan dari jauh melalui papan pemuka dalam talian bagi sebilangan besar pesakit yang menggunakan ventilator.

Ini mengurangkan keperluan bagi para petugas untuk keluar masuk wad ICU bagi menyesuaikan tetapan ventilator secara manual serta mengurangkan risiko berlaku jangkitan.

Inisiatif berkenaan menyumbangkan ventilator bernilai hampir RM3 juta (S$986,587) kepada hospital-hospital di Indonesia, Myanmar dan India.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan