Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia sudah siap sepenuhnya mulakan pergerakan rentas sempadan ke S'pura

Kerajaan Malaysia sudah bersiap sepenuhnya bagi pergerakan rentas sempadan antara Malaysia-Singapura di bawah skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA), mulai esok (16 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia sudah siap sepenuhnya mulakan pergerakan rentas sempadan ke S'pura

Pemandangan Koswe dari Johor Bahru (Gambar: Howard Law)

Diterbitkan : 16 Aug 2020 04:38PM Dikemas Kini : 16 Aug 2020 04:42PM

JOHOR BAHRU: Kerajaan Malaysia sudah bersiap sepenuhnya bagi pergerakan rentas sempadan antara Malaysia-Singapura di bawah skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA), mulai esok (16 Ogos).

Menteri Pengangkutan Malaysia Dr Wee Ka Siong berkata Wisma Putra dan pihak berkuasa Singapura sudah melakukan perbincangan teliti sebelum mencapai persetujuan pembukaan sempadan.

Beliau berkata dari segi pengangkutan awam, pihaknya akan merujuk kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sama ada terdapat keperluan untuk menyediakan perkhidmatan tersebut tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“APAD akan memantau. Kita dalam satu kerajaan (Malaysia-Singapura) memang saling berhubung satu sama lain. Jika, ada keperluan (terhadap pengangkutan awam), kita akan buka. Kita sedar bukan semua orang ada kereta.

“Kalau pengangkutan awam beroperasi, ia akan melibatkan kos, kalau tiada orang yang dibawa (oleh pengangkutan awam), ia akan rugi. Jadi, mesti ada percaturan, perancangan rapi supaya apa yang dilakukan menguntungkan,” katanya.

Dr Wee yang juga Presiden MCA berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ladang Grisek, di Kota Masai di sini hari ini, yang turut dihadiri, Timbalan Menteri Pendidikan Dr Mah Hang Soon.

Pada 26 Julai lepas, Menteri Luar Hishammuddin Hussein dan rakan sejawatan dari Singapura Dr Vivian Balakrishnan bertemu di atas Tambak Johor.

Ia sebagai simbolik menandakan persetujuan pembukaan sempadan kedua-dua negara dijangka bermula 17 Ogos, selepas kedua-dua negara menutup sempadan masing-masing bagi mengekang penularan COVID-19, bermula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Malaysia pada 18 Mac lepas.

RGL akan membolehkan perjalanan rentas sempadan bagi tujuan perniagaan dan rasmi yang penting antara kedua-dua negara manakala PCA akan membolehkan penduduk yang memegang pas imigresen jangka panjang bagi tujuan perniagaan dan kerja di salah satu negara memasuki negara itu.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan