M'sia sambut Hari Merdeka ke-61 - pertama di bawah PH
Malaysia meraikan ulang tahun kemerdekaannya yang ke 61 hari ini (31 Ogos) yang juga dikenali sebagai "Hari Merdeka".
MALAYSIA: Malaysia meraikan ulang tahun kemerdekaannya yang ke 61 hari ini (31 Ogos) yang juga dikenali sebagai "Hari Merdeka".
Upacara sambutan utamanya berlangsung di Dataran Putrajaya.
Buat pertama kalinya Malaysia meraikan ulang tahun kemerdekaannya di bawah kepimpinan kerajaan baru Pakatan Harapan.
Dalam perutusannya semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia mendapat kemerdekaannya yang kedua apabila Barisan Nasional dikalahkan dalam pilihan raya umum pada Mei lalu.
"Kita rayakan Hari Kebangsaan kali ini dengan perasaan lega dan selesa. Sesungguhnya ini adalah Kemerdekaan kedua bagi kita. Kita sudah bebas dari belenggu pemerintahan kejam.
"Hidup kita lebih selesa. Kerajaan PH ini akan jamin keadilan bagi semua rakyat, tanpa mengira kaum atau bangsa atau agama," kata Dr Mahathir Mohamad.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.