Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia sahkan kes jangkitan tempatan ke-6, lelaki 31 tahun pernah kerja di Macau

Malaysia hari ini (10 Feb) mengumumkan kes jangkitan virus korona baru tempatan yang keenam, melibatkan seorang lelaki berusia 31 tahun yang bekerja di Macau.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia sahkan kes jangkitan tempatan ke-6, lelaki 31 tahun pernah kerja di Macau

(Gambar: AFP/Kementerian Kesihatan M'sia)

Diterbitkan : 10 Feb 2020 12:51PM Dikemas Kini : 10 Feb 2020 12:55PM

KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini (10 Feb) mengumumkan kes jangkitan virus korona baru tempatan yang keenam, melibatkan seorang lelaki berusia 31 tahun yang bekerja di Macau.

Lelaki itu melakukan perjalanan ke tanah besar China sebelum pulang ke Malaysia pada 1 Feb, menurut kenyataan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Noor Hisham Abdullah.

Beliau berasa kurang sihat dan mula batuk-batuk pada 3 Feb dan mengunjungi sebuah klinik pada 4 Feb dan 6 Feb di mana beliau diberikan ubat-ubatan.

Apabila pesakit itu masih sakit pada 7 Feb, beliau mendapatkan rawatan di sebuah klinik dan dirujuk ke Hospital Banting di Selangor bagi menjalani ujian dan mendapatkan rawatan, kata Dr Noor Hisham.

Setelah diasingkan, beliau disahkan menghidap radang paru-paru dan ditahan di hospital. Pemeriksaan lanjut menunjukkan beliau mengalami jangkitan pernafasan akut yang teruk dan dipantau dengan rapi.

Lelaki itu kemudian dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sampel yang diambil daripada pesakit berkenaan pada Ahad (9 Feb) diuji positif bagi virus korona baru.

Menurut Dr Noor Hisham, pihak berkuasa yang relevan sudah dimaklumkan untuk menjejaki sesiapa saja yang berhubung rapat dengan pesakit dan langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya turut diambil bagi kes tersebut.

"Saya ingin menasihatkan para penduduk di Banting supaya terus bertenang. Kementerian Kesihatan sudahpun mengambil langkah-langkah sewajarnya dan akan memberikan kemas kini dengan perkembangan terkini," katanya.

Setakat hari ini, terdapat 18 kes jangkitan virus korona baru yang disahkan di Malaysia, dengan 12 daripadanya adalah rakyat China.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan