Skip to main content

Dunia

M’sia sahkan 1 lagi kes virus Wuhan; tiada kaitan dengan 3 kes positif lalu

Kementerian Kesihatan Malaysia KKM mengesan satu lagi kes yang disahkan dijangkiti virus korona Wuhan.

Anggaran Waktu Membaca:
M’sia sahkan 1 lagi kes virus Wuhan; tiada kaitan dengan 3 kes positif lalu

Ujian makmal.

Diterbitkan : 28 Jan 2020 10:55AM Dikemas Kini : 28 Jan 2020 11:03AM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia KKM mengesan satu lagi kes yang disahkan dijangkiti virus korona Wuhan.

Kes itu tidak mempunyai sebarang hubungan dengan tiga kes positif yang dilaporkan sebelum ini.

Kes terbaru itu melibatkan seorang lelaki berusia 40 tahun yang berasal dari Wuhan, China.

Lelaki itu tiba di Johor Bahru pada Rabu lalu dengan menaiki bas dari Singapura.

Beliau datang bersama sekumpulan pelancong warga China seramai 17 orang kesemuanya; yang turut terdiri daripada isteri dan seorang anaknya.

Pesakit itu mula mengalami gejala demam pada Khamis lalu dan mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital swasta berhampiran, pada keesokan harinya.

Beliau kemudian dirujuk untuk menerima rawatan lanjut di bawah jagaan Pasukan Perubatan Penyakit Berjangkit Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Setelah menerima hasil ujian pada Sabtu lalu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor bertindak segera dengan menjejaki kesemua 17 individu daripada kumpulan pelancongan yang sama.

Mereka diletakkan di bawah Perintah Pemantauan dan Pengasingan di tempat yang disediakan sementara menunggu hasil ujian dikeluarkan. 

Sumber : Agensi berita/AY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita