Skip to main content

Dunia

M'sia, S'pura harus ada 3, 4 jambatan - Dr Mahathir

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkata negaranya dan Singapura memerlukan tiga hingga empat jambatan untuk memudahkan aliran trafik antara kedua-dua negara.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia, S'pura harus ada 3, 4 jambatan - Dr Mahathir

Dr Mahathir Mohamad di sebuah forum (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 19 Mar 2019 06:24PM Dikemas Kini : 19 Mar 2019 06:25PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkata negaranya dan Singapura memerlukan tiga hingga empat jambatan untuk memudahkan aliran trafik antara kedua-dua negara.

Dr Mahathir berkata berbanding Pulau Pinang yang kini merancang untuk membina jambatan ketiga mereka ke tanah besar dalam bentuk terowong, aliran trafik dari Singapura jauh lebih besar.

"Walaupun Pulau Pinang yang kurang penduduknya daripada Singapura pada mulanya menolak jambatan pertama, tetapi kemudiannya kita membina jambatan lain dan sekarang kita mahukan satu lagi terowong dan itu (hanya) Pulau Pinang dan tanah besar.

"Trafik Singapura jauh lebih besar daripada Pulau Pinang, kita hanya mempunyai satu jejambat dan jambatan, kita memerlukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat jambatan," katanya semasa sesi soal jawab di Invest Malaysia 2019, di Kuala Lumpur, hari ini (19 Mac).

Perdana Menteri Malaysia itu berkata Singapura bagaimanapun tidak mahu lagi jambatan untuk alasan tertentu yang beliau sendiri tidak faham.

Mengenai perjanjian air, Dr Mahathir memberi jaminan bahawa kedua-dua negara tidak akan berperang.

"Kami orang baik ... kami akan cuba berunding seperti orang beradab," katanya.

Mengenai perkara berasingan, PM Malaysia itu mengulangi pendiriannya bahawa Laut China Selatan yang dipertikaikan harus tetap terbuka untuk semua kapal bahkan kapal perang untuk belayar melaluinya.

Beliau menegaskan bahawa kebebasan itu bagaimanapun tidak sepatutnya membenarkan mana-mana kapal perang untuk berlabuh secara tetap di mana-mana bahagian perairan itu kerana ia akan menimbulkan provokatif kepada negara-negara sekitar.

"Itu bukan apa yang kita mahu lihat di Laut China Selatan," katanya. 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita