M'sia rayu 47 warganya di Kemboja dibebas
Malaysia merayu bagi pembebasan 47 orang rakyatnya di Poi Pet, Kemboja. Kementerian Luar Malaysia mengesahkan 47 warganya ditahan sejak 11 Disember lalu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian dalam talian secara haram.

KUCHING: Malaysia merayu bagi pembebasan 47 orang rakyatnya di Poi Pet, Kemboja. Kementerian Luar Malaysia mengesahkan 47 warganya ditahan sejak 11 Disember lalu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian dalam talian secara haram.
Berdasarkan maklumat, 44 yang ditahan berasal dari Sarawak dan berusia antara 18 hingga 20 tahun.
Kesemua mereka berlepas ke Kemboja pada 9 Disember lalu selepas ditawarkan pekerjaan dengan gaji yang menarik.
Mereka dipercayai terjebak dalam kegiatan sindiket penipuan yang bertujuan untuk menyeludup manusia bagi pelbagai kegiatan haram.
Keluarga-keluarga mangsa merayu bantuan kerajaan untuk membawa pulang apa yang dipercayai sebagai mangsa-mangsa sindiket pemerdagangan manusia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.