Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia pertingkat pelaburan di Indonesia; meterai 5 MoU & perjanjian AS$3.1 bilion

Malaysia terus meningkatkan pelaburan di Indonesia melalui lima Memorandum Persefahaman (MoU) dan perjanjian bernilai AS$3.1 bilion (S$4.1 bilion) yang akan dimeterai oleh sektor swasta kedua-dua negara itu hari ini (10 Nov), kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Anggaran Waktu Membaca:

JAKARTA: Malaysia terus meningkatkan pelaburan di Indonesia melalui lima Memorandum Persefahaman (MoU) dan perjanjian bernilai AS$3.1 bilion (S$4.1 bilion) yang akan dimeterai oleh sektor swasta kedua-dua negara itu hari ini (10 Nov), kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata pada suku kedua 2021, pelaburan Malaysia di Indonesia berjumlah AS$12.53 billion (S$16.9 bilion) manakala pelaburan Indonesia di Malaysia adalah sebanyak AS$1.16 billion (S$1.5 bilion).

"Saya percaya pelaburan Malaysia di Indonesia begitu besar," katanya pada sidang media bersama Presiden Joko Widodo di Istana Bogor sempena lawatan sulung rasmi beliau ke Indonesia selama tiga hari bermula Selasa (9 Nov).

Sementara itu, Encik Ismail Sabri turut memohon pemerintah Indonesia untuk melibatkan usahawan dari Malaysia dalam rancangan pembangunan ibu kota barunya di Kalimantan yang bersempadan dengan Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak.

Pemerintah Indonesia merancang untuk memindahkan ibu kotanya dari Jakarta ke Kalimantan Timur.

Encik Ismail Sabri berkata, Indonesia merupakan rakan perdagangan dan pelaburan yang penting dan strategik bagi Malaysia dengan jumlah perdagangan dua hala berjumlah AS$15.67 billion (S$21.1 bilion) pada 2020. 

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan