Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia pertimbang sekat bank lelaki yang elak beri nafkah kepada bekas isteri

Mekanisme untuk mengenakan sekatan bank terhadap bekas suami yang liat memberi nafkah kepada bekas isteri dan anak selepas perceraian akan dibawa ke Kabinet bulan hadapan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia pertimbang sekat bank lelaki yang elak beri nafkah kepada bekas isteri

(Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 26 Jan 2019 02:24PM Dikemas Kini : 26 Jan 2019 02:26PM

TELUK INTAN: Mekanisme untuk mengenakan sekatan bank terhadap bekas suami yang liat memberi nafkah kepada bekas isteri dan anak selepas perceraian akan dibawa ke Kabinet bulan hadapan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Beliau berkata perkara itu kini berada pada peringkat akhir setelah pihaknya mendapatkan pandangan daripada Kementerian Kewangan, Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam sebelum ia dijangka dilaksanakan serta-merta pada tahun ini.

"Ini kerana mahkamah yang menumpukan soal tuntutan nafkah (isteri) dan anak ini juga ada kuasa 'bail live' bermakna ada kuasa penguatkuasaan kepada keputusan mahkamah yg dibuat tetapi tidak dilaksanakan.

"(Sebagai contoh), (suami) boleh pergi ke bank beri surat tunjuk sebab atau boleh teliti harta-harta yang dia ada supaya bekas suami dapat membayar tuntutan nafkah kepada bekas isteri dan anak seperti yang diperintahkan oleh mahkamah," katanya.

Sebelum ini tindakan lebih tegas sedang dipertimbangkan kerajaan termasuk cadangan mengenakan sekatan bank terhadap bekas suami yang culas memberi nafkah kepada bekas isteri dan anak selepas perceraian.

Katanya, langkah itu bertujuan membela kaum wanita yang selama ini ditindas oleh sesetengah suami yang tidak melaksanakan tangggungjawab membayar nafkah kepada isteri yang mereka ceraikan.

Mengulas lanjut, Dr Mujahid berkata mekanisme itu bagi membolehkan Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah menggunakan kaedah seperti menuntut nafkah daripada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan akaun bank suami untuk membayar nafkah kepada isteri yang diceraikan setelah diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

"Kebanyakan wanita tidak ada tempat untuk mengadu dari segi penguatkuasaan, jadi kita melihat keperluan penguatkuasaan kepada wanita yang tidak diberikan keadilan dari sudut nafkah yang sudah diputuskan Mahkamah Syariah," kata Dr Mujahid.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan