Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia pantau pembelian panik warga S'pura di Johor

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) melaksanakan pemantauan di Johor sejak Sabtu lepas bagi memastikan tiada pembelian panic barangan isi rumah oleh warga Singapura di negeri itu.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia pantau pembelian panik warga S'pura di Johor

Gambar fail pemandangan Johor Bahru dipetik dari Singapura pada Mei 2018 (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 10 Feb 2020 10:49PM Dikemas Kini : 10 Feb 2020 10:56PM

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) melaksanakan pemantauan di Johor sejak Sabtu lepas bagi memastikan tiada pembelian panic barangan isi rumah oleh warga Singapura di negeri itu.

KPDNHEP dalam kenyataan hari ini (10 Feb) memaklumkan, pemeriksaan di sekitar Johor Bahru, Iskandar Puteri, Pasir Gudang dan Kulai dilaksanakan untuk memastikan barang kawalan, makanan dan barangan asas yang lain mencukupi untuk kegunaan rakyat Malaysia.

Sebanyak 604 premis diperiksa oleh KPDNHEP Johor melibatkan 60 pegawai penguat kuasa sepanjang dua hari operasi dijalankan.

"Data yang diterima oleh kementerian daripada pemborong berkaitan stok barangan kawalan seperti gula, minyak masak dan tepung adalah mencukupi bagi pengguna di negeri Johor," jelasnya.

Menurut KPDNHEP, pemantauan turut dilaksanakan bagi memastikan tiada aktiviti menyorok barangan kawalan dalam kalangan peruncit dan harga dijual mengikut harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

Pemantauan itu, jelasnya, dijalankan susulan penularan klip video memaparkan pembelian panik di Singapura selepas pemerintah negara itu menaikkan amaran Sistem Respons Keadaan Penularan Penyakit (DORSCON) dari tahap Kuning kepada Jingga bagi membendung penularan novel koronavirus 2019 (2019-nCov).

Sementara itu, KPDNHEP Johor menerima 65 aduan berkaitan penjualan pelitup hidung dan mulut susulan penularan 2019-nCov.

Menurut kenyataan itu, daripada 187 pemeriksaan yang dijalankan, dua premis menjual barang kawalan tersebut pada harga lebih tinggi dari yang ditetapkan telah dikompaun, masing-masing RM500 (S$168) dan RM10,000 (S$3,350). 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona 2019-nCoV: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan