M'sia minta lanjutan 6 bulan projek RTS Johor Bahru-S'pura
Kerajaan Malaysia meminta tempoh lanjutan selama enam bulan daripada pemerintah Singapura sebelum membuat sebarang keputusan berhubung projek Sistem Transit Rapid (RTS), kata Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke.
Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan bersama rakan sejawatannya dari Malaysia Anthony Loke. (Gambar: Anthony Loke Siew Fook/ Facebook)
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia meminta tempoh lanjutan selama enam bulan daripada pemerintah Singapura sebelum membuat sebarang keputusan berhubung projek Sistem Transit Rapid (RTS), kata Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke.
Encik Loke berkata tempoh lanjutan sehingga September itu bagi membolehkan kerajaan meneliti beberapa perkara, termasuk kos pelaksanaan projek tersebut.
"Kita telah meminta tempoh lanjutan dari kerajaan Singapura bagi kita mengkaji pilihan yang ada. Tentu sekali kita melihat kepada kos projek dan bagaimana kita boleh mengurangkan lagi (kos) dan bagaimana kita memanfaatkan projek ini," katanya kepada para wartawan hari ini (1 Apr), ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terbaru mengenai projek berkenaan.
Projek tersebut yang menghubungkan Bukit Chagar, Johor ke Woodlands, Singapura dijangka mampu membawa sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah.
Projek itu sepatutnya siap menjelang 2024.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.