M'sia mansuhkan Program Latihan Khidmat Negara, Biro Tata Negara
Kerajaan Malaysia bersetuju untuk memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta-merta.
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia bersetuju untuk memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta-merta.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu setelah mendapati PLKN dan BTN telah disalah guna bagi tujuan indoktrinasi fahaman tertentu.
"Kedua-dua program akan digantikan dengan program baru yang akan memberi fokus dalam membentuk belia yang berwawasan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini (13 Ogos).
Beliau menambah, buat masa ini, semua pegawai dan aset PLKN dan BTN akan diletakkan di bawah jagaan Kementerian Belia dan Sukan sebelum program baru itu diperkenalkan.
“Perjumpaan dengan semua pemegang taruh yang terlibat akan ditetapkan, kita akan turut berjumpa dengan pihak Khazanah (Nasional Berhad) supaya boleh dilakukan satu kolaborasi dalam merangka program ini, “jelas beliau lagi.
PLKN diperkenalkan pada 16 Februari 2004 oleh pentadbiran terdahulu bagi memperkasa nilai jati diri dan kenegaraan belia.
BTN pula adalah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan pada 1981 untuk memupuk semangat patriotisme, membina sikap berteraskan nilai murni dan penghayatan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.