Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia laporkan lebih 5,000 kes baru COVID-19 buat hari ketiga berturut-turut

Buat tiga hari berturut-turut Malaysia mencatat lebih daripada 5,000 kes dalam sehari. Hari ini (31 Jan) ia melaporkan 5,298 kes baru COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia laporkan lebih 5,000 kes baru COVID-19 buat hari ketiga berturut-turut

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 31 Jan 2021 08:04PM Dikemas Kini : 31 Jan 2021 08:10PM

KUALA LUMPUR: Buat tiga hari berturut-turut Malaysia mencatat lebih daripada 5,000 kes dalam sehari. Hari ini (31 Jan) ia melaporkan 5,298 kes baru COVID-19.

Ini juga bermakna ia melaporkan bilangan empat angka kes COVID-19 setiap hari sejak 9 Dis.

Hampir dua pertiga daripada kes jangkitan baru yang dilaporkan hari ini berasal dari kawasan Lembah Klang, meliputi Selangor dan Kuala Lumpur yang mempunyai 3,243 kes. Lagi 1,020 kes dilaporkan di Johor dan 298 di Sabah.

14 kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 kini 760 orang. Sebanyak 313 pesakit kini dirawat di unit jagaan rapi (ICU) dengan 127 memerlukan sokongan pernafasan.

Sebelum ini pada Ahad, Dr Noor Hisham memberi amaran kepada para penduduk di Kelantan supaya terus mematuhi langkah pengurusan selamat COVID-19. Setakat 30 Jan, 76.5 peratus daripada kesemua kes jangkitan di Kelantan dikesan pada Januari.

Kenaikan dalam jumlah kes di Kelantan bermula pada 26 Dis dan hanya mula merosot apabila perjalanan rentas sempadan dilarang, katanya dalam catatan di Twitter.

Malaysia sedang menghampiri penghujung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan baru-baru ini. Menteri Kewangan Malaysia Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata dalam satu wawancara bersama Mediacorp bahawa negara itu tidak mampu melalui satu lagi perintah berkurung kerana ia "membawa kesan ketara" kepada ekonomi.

Setakat hari ini, Malaysia melaporkan 214,959 kes COVID-19 kesemuanya di mana 48,150 dianggap aktif atau berjangkit.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan