Skip to main content

Dunia

M'sia lapor lebih 19,300 kes COVID-19

Sebanyak 19,307 kes baru COVID-19 dilaporkan di seluruh Malaysia dalam tempoh 24 jam lalu dengan Sarawak kekal merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,118 kes hari ini (9 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia lapor lebih 19,300 kes COVID-19

Orang ramai beratur menantikan giliran mendapatkan ujian swab COVID-19. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 09 Sep 2021 06:19PM Dikemas Kini : 09 Sep 2021 06:23PM

KUALA LUMPUR: Sebanyak 19,307 kes baru COVID-19 dilaporkan di seluruh Malaysia dalam tempoh 24 jam lalu dengan Sarawak kekal merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,118 kes hari ini (9 Sep).

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan di Twitter dan Facebook memaklumkan pertambahan kes baru itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di seluruh negara kini sebanyak 1,919,774.

Selangor pula mencatatkan kes harian kedua tertinggi iaitu 2,700 kes yang diikuti oleh Sabah (2,298), Pulau Pinang (2,243), Johor (2,032), Kelantan (1,438), Kedah (1,355) dan Perak (1,341).

Sementara itu, negeri yang merekodkan kes di bawah 1,000 adalah Terengganu (910), Pahang (661), Kuala Lumpur (513), Melaka (340), Negeri Sembilan (207), Perlis (108), Putrajaya (28) dan Labuan (15).

Dalam kenyataan yang sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital COVID-19 di seluruh negara setakat hari ini adalah 82 peratus atau 1,292 daripada 1,575 katil, manakala katil bukan ICU adalah 77 peratus (13,778) daripada 17,984.

Sumber : Bernama/TQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita