Skip to main content

Dunia

M'sia lapor 8,817 kes baru COVID-19

Kes baru COVID-19 di Malaysia meningkat sedikit dengan 8,817 kes direkodkan setakat tengah hari ini (5 Okt), berbanding 8,075 kes semalam (4 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia lapor 8,817 kes baru COVID-19

Seorang kakitangan perubatan membuat persediaan sebelum menyuntik vaksin ke tubuh seorang warga tua di Kuala Lumpur pada 21 Jun 2021. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Oct 2021 04:32PM Dikemas Kini : 05 Oct 2021 04:33PM

KUALA LUMPUR: Kes baru COVID-19 di Malaysia meningkat sedikit dengan 8,817 kes direkodkan setakat tengah hari ini (5 Okt), berbanding 8,075 kes semalam (4 Okt).

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman sosialnya berkata perkembangan terbaru itu menjadikan kumulatif kes kini 2,294,457.

Beliau berkata Sarawak kekal sebagai negeri tertinggi dengan sebanyak 1,361 kes diikuti Selangor (1,348), Kelantan (1,063), Johor (886), Sabah (805), Pahang (696), Pulau Pinang (595) dan Kedah (576).

"Perak pula mencatatkan 473 kes diikuti Terengganu (356), Melaka (246), Kuala Lumpur (217), Negeri Sembilan (122), Perlis (47), Putrajaya (23) dan tiga kes di Labuan," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata penggunaan katil COVID-19 setakat 5 petang semalam ialah 56 peratus bagi katil unit rawatan rapi (ICU) dan 51 peratus katil bukan ICU. 

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita