Skip to main content

Dunia

M'sia lapor 6,824 kes baru COVID-19

 Jumlah kes baru COVID-19 yang dilaporkan hari ini terus merosot kepada 6,824 menjadikan jumlah kumulatif 572,357 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia lapor 6,824 kes baru COVID-19

Jumlah kes kematian harian yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis Kebangsaan M'sia semakin meningkat. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 31 May 2021 04:43PM Dikemas Kini : 31 May 2021 09:05PM

KUALA LUMPUR: Jumlah kes baru COVID-19 yang dilaporkan hari ini terus merosot kepada 6,824 menjadikan jumlah kumulatif 572,357 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Pada Ahad (30 Mei), kes baru COVID-19 di Malaysia mencatat penurunan ketara iaitu 6,999 kes berbanding 9,020 pada Sabtu (29 Mei), pengurangan sebanyak 2,021 kes.

Menerusi catatan di Twitter, Dr Noor Hisham berkata Selangor masih menyumbang kes harian tertinggi sebanyak 2,111 diikuti Kelantan (695); Sarawak (654); Johor (489); Kedah (464); Kuala Lumpur (387) dan Melaka (352).

Selain itu, Pulau Pinang mencatatkan 328 kes, Perak (255); Negeri Sembilan (253); Pahang (219); Sabah (207); Terengganu (204); Labuan (166); Putrajaya (28) dan Perlis (12).


Sementara itu, dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 67 kematian hari ini melibatkan 15 kes di Selangor, Johor (12), Sarawak (lapan), Kedah (enam), masing-masing lima kes di Negeri Sembilan dan Kelantan; Pahang (empat) serta masing-masing tiga di Pulau Pinang, Labuan dan Melaka; Sabah (dua) dan satu kes di Kuala Lumpur.

Jumlah individu yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) setakat ini sebanyak 851 kes dengan 422 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan, katanya.

Beliau berkata terdapat 25 kluster baharu dikesan hari ini melibatkan 14 kluster tempat kerja, sembilan kluster komuniti dan masing-masing satu kluster pendidikan tinggi dan kumpulan berisiko tinggi, menjadikan jumlah kluster aktif kini 655 kluster.

Dr Noor Hisham berkata kluster tempat kerja itu melibatkan Kluster Jalan Alam Jaya, Selangor; Kluster Jalan Perusahaan Dua Lima, Selangor; Kluster Jalan Coastal Bintulu-Miri, Sarawak; Kluster Jalan Sierra Perdana Empat, Johor; Kluster Dah PKNK 3/8, Kedah dan Kluster Perindustrian Trisegi, Kuala Lumpur.

Kluster tempat kerja juga melibatkan Kluster Jalan Mahsuri Kluang, Johor; Kluster Tapak Bina Klebang, Melaka; Kluster Lintang Bayan Lepas Enam, Pulau Pinang; Kluster Industri Bukit Minyak Tujuh, Pulau Pinang; Kluster Industri Indera Mahkota 14, Pahang; Kluster Muara Tabuan, Sarawak; Kluster Industri Jalan Karak, Pahang dan Kluster Jalan Sudirman, Pahang.

Sembilan kluster komuniti pula melibatkan Kluster Jalan Pantai Permai, Kuala Lumpur; Kluster Langgar Hilir, Terengganu; Kluster Kampung Gelong Badak, Kelantan; Kluster Tok Jawa, Kelantan; Kluster Jalan Jambusan -Sunchar, Sarawak; Kluster Dah Bagan, Kedah; Kluster Kampung Sungai Kerang, Perak;

Kluster Milenium, Sabah dan Kluster Kampung Laneh, Perak.

Bagi kluster pendidikan ia melibatkan Kluster Dah Batu Dua, Kedah manakala kluster kumpulan berisiko tinggi ialah Kluster Persiaran Titiwangsa, Kuala Lumpur. 

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita