Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia lapor 5,058 kes baru COVID-19

Sebanyak 5,058 kes baru COVID-19 dicatatkan hari ini (10 Dis) menjadikan jumlah kumulatif kes kini adalah 2,683,523 kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia lapor 5,058 kes baru COVID-19

Dua individu mendapatkan vaksin COVID-19 AstraZeneca di sebuah pusat vaksinasi di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 5 Mei 2021. (Gambar: Lim Huey Teng/REUTERS)

Diterbitkan : 10 Dec 2021 09:26PM Dikemas Kini : 10 Dec 2021 09:27PM

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,058 kes baru COVID-19 dicatatkan hari ini (10 Dis) menjadikan jumlah kumulatif kes kini adalah 2,683,523 kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi kenyataan situasi COVID-19 setakat pukul 12.00 tengah hari ini, beliau berkata 80 kes atau 1.6 peratus daripada kes baru yang dilaporkan adalah kategori tiga, empat dan lima manakala 4,978 kes atau 98.4 peratus lagi berada dalam kategori satu dan dua.

Beliau berkata daripada 5,058 kes baru itu, 5,041 adalah kes tempatan dan 17 adalah kes import, manakala sebanyak 393 kes kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 212 memerlukan bantuan pernafasan.

Bagi kes sembuh yang dicatatkan adalah 4,997 menjadikan keseluruhan kes yang pulih sebanyak 2,591,819 kes.

Selain itu, tujuh kluster baru dikenal pasti dan jumlah kluster yang masih aktif di seluruh negara adalah 250 kluster. 

Beliau berkata nilai Rt (kadar kebolehjangkitan) Malaysia setakat semalam adalah 0.97.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan