Skip to main content

Dunia

M'sia lapor 3,384 kes baru COVID-19, lagi 13 kematian

Sebanyak 3,384 kes baru COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan angka keseluruhan kes positif jangkitan itu berjumlah 254,988, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia lapor 3,384 kes baru COVID-19, lagi 13 kematian

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 11 Feb 2021 08:57PM Dikemas Kini : 11 Feb 2021 09:00PM

KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,384 kes baru COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan angka keseluruhan kes positif jangkitan itu berjumlah 254,988, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata dalam tempoh itu juga sebanyak 13 lagi kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif 936 kes, sementara kes sembuh harian pula sebanyak 3,774 kes.

Setakat ini, terdapat 51,783 kes aktif, katanya dalam kenyataan hari ini (11 Feb).

Menurut Dr Noor Hisham, daripada jumlah kes baru itu, sebanyak 3,369 merupakan jangkitan tempatan dan baki adalah kes import.

Selangor kekal mencatat jumlah kes baru harian tertinggi sebanyak 1,082, diikuti Johor dengan 777 kes, Kuala Lumpur (435), Kedah (228), Sarawak (184), Pulau Pinang (144), Sabah (142) dan Melaka (101).

Sementara itu, Negeri Sembilan merekodkan 89 kes baru, Perak (82), Kelantan (48), Terengganu (26), Pahang (21), Labuan (14) manakala Putrajaya pula melaporkan tujuh kes sementara Perlis, empat kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata pada masa ini terdapat 259 kes ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 122 memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 17 kluster baru dilaporkan dengan 13 membabitkan kluster tempat kerja di Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Kedah.

Kluster tempat kerja di Selangor ialah Kluster Subang Delima, Jalan Bukit Sentosa dan Tapak Bina Lembah Subang, manakala di Johor pula ialah Kluster Jalan Air Hitam, Jalan Perindustrian Getah, Kampung Tanjung Selabu, Jalan Raja Muar serta Jalan Gemilang Lima.

‘’Kluster tempat kerja di Kuala Lumpur ialah Kluster Jalan Berhala, Jalan Telawi dan Bukit Angkasa manakala di Kedah pula Kluster Perdana dan Dedap.

‘’Empat kluster lain ialah Jalan Bakawali Ramun (Johor) dan Nanga Lijan (Sarawak) bagi kategori komuniti, Jalan Bukit Baru (Melaka) bagi kumpulan berisiko tinggi dan Tembok Bendera (Perak) bagi pusat tahanan,’’ katanya.

Beliau berkata sebanyak enam kluster tamat hari ini manakala jumlah yang masih aktif ialah 477 kluster.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita