M'sia lapor 19,550 kes baru COVID-19; Sarawak catat kes harian tertinggi 6 hari berturut-turut
ebanyak 19,550 kes baru COVID-19 dilaporkan pada Sabtu (11 Sep) di seluruh Malaysia dalam tempoh 24 jam lepas, sedikit menurun berbanding 21,176 kes semalam.
Penduduk M'sia kelihatan memakai pelitup di bazar di Kuala Lumpur pada 19 Apr 2021 di tengah COVID-19 (Photo: AP Photo/Vincent Thian)
KUALA LUMPUR: Sebanyak 19,550 kes baru COVID-19 dilaporkan pada Sabtu (11 Sep) di seluruh Malaysia dalam tempoh 24 jam lepas, sedikit menurun berbanding 21,176 kes semalam.
Pertambahan itu bermakna jumlah kumulatif kes COVID-19 negara tersebut adalah 1,960,500 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan di Twitter dan Facebook memaklumkan Sarawak kekal merekodkan kes harian tertinggi untuk enam hari berturut-turut dengan 3,743 kes hari ini.
Selangor pula mencatatkan kes harian kedua tertinggi iaitu 2,416 kes, diikuti Johor (2,282); Sabah (2,163); Pulau Pinang (1,865); Kedah (1,390); Perak (1,354); dan Kelantan (1,320).
Negeri-negeri yang merekodkan kes harian baharu di bawah empat angka adalah Terengganu (953); Pahang (722); Kuala Lumpur (555); Melaka (490); Negeri Sembilan (198); Perlis (73); Putrajaya (24); dan Labuan (dua).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.