Skip to main content

Dunia

M'sia kerugian RM1 bilion sehari sepanjang PKP 3.0, dedah Muhyiddin

Malaysia kerugian RM1 bilion (S$322 juta) sehari sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan buat masa ini, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia kerugian RM1 bilion sehari sepanjang PKP 3.0, dedah Muhyiddin

Gambar fail: Pejabat Perdana Menteri Malaysia.

Diterbitkan : 15 Jun 2021 06:40PM Dikemas Kini : 15 Jun 2021 06:51PM

KUALA LUMPUR: Malaysia kerugian RM1 bilion (S$322 juta) sehari sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan buat masa ini, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Menyifatkan keputusan melaksanakan PKP 3.0 bukan sesuatu yang mudah, beliau berkata Malaysia perlu segera keluar daripada krisis COVID-19 demi kesihatan dan kelangsungan hidup semua.

“Saya telah umumkan pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan PEMERKASA Tambahan bernilai RM40 bilion (S$12.8 bilion) dengan suntikan fiskal sebanyak RM5 bilion (S$1.6 bilion).

“Saya berharap bantuan daripada kerajaan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh individu dan perniagaan yang terkesan,” katanya dalam perutusan khas Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP secara berperingkat yang disiarkan secara langsung hari ini (15 Jun).

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz sebelum ini berkata negara mengalami kerugian sebanyak RM2.4 bilion sehari (S$773 juta) semasa pelaksanaan PKP 1.0 dan berkurangan kepada RM300 juta (S$96 juta) sehari semasa PKP 2.0 berikutan lebih banyak sektor ekonomi dibenarkan beroperasi.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita