Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia kecam tindakan Korea Utara putuskan hubungan diplomatik

Kementerian Luar Malaysia pada Jumaat (19 Mac) menyifatkan tindakan Pyongyang itu sebagai tidak wajar, tidak membina dan tidak menghormati hubungan baik sesama masyarakat antarabangsa.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia kecam tindakan Korea Utara putuskan hubungan diplomatik

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 19 Mar 2021 08:58PM Dikemas Kini : 19 Mar 2021 09:00PM

KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam keputusan Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Kementerian Luar Malaysia pada Jumaat (19 Mac) menyifatkan tindakan Pyongyang itu sebagai tidak wajar, tidak membina dan tidak menghormati hubungan baik sesama masyarakat antarabangsa.

Sehubungan dengan itu Malaysia mengarahkan semua kakitangan diplomatik kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur meninggalkan Malaysia dalam tempoh 48 jam mulai Jumaat.

Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dua hala setelah mahkamah tertinggi Malaysia membenarkan seorang lelaki Korea Utara diekstradisi ke Amerika Syarikat.

Kementerian Luar Korea Utara menyatakan pihak berkuasa Malaysia melakukan jenayah yang tidak boleh diampuni. Pyongyang menuduh Kuala Lumpur melakukan tindakan permusuhan terhadapnya dan tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat.

Lelaki Korea Utara terbabit, Mun Chol Myong, sudah tinggal di Malaysia selama 10 tahun. Dia ditangkap pada Mei 2019 selepas Amerika Syarikat memohon ekstradisi Mun kerana didakwa melakukan pengubahan wang haram menerusi syarikat-syarikat.

Biro Siasatan Federal Amerika juga menyatakan Mun mengetuai sebuah kumpulan jenayah yang menghantar barangan yang dikenakan sekatan ke Korea Utara.

Mun bagaimanapun mendakwa permohonan ekstradisi dirinya ke Amerika bermotif politik.

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan