Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia, Indonesia setuju laksana aturan koridor perjalanan udara

Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk melaksanakan koridor perjalanan antara kedua-dua negara melalui Aturan Koridor Perjalanan atau Laluan Perjalanan untuk Penumpang Divaksin, memandangkan kedua-dua negara semakin pulih daripada pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia, Indonesia setuju laksana aturan koridor perjalanan udara

Gambar fail Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Nov 2021 04:39PM Dikemas Kini : 10 Nov 2021 04:40PM

JAKARTA: Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk melaksanakan koridor perjalanan antara kedua-dua negara melalui Aturan Koridor Perjalanan atau Laluan Perjalanan untuk Penumpang Divaksin, memandangkan kedua-dua negara semakin pulih daripada pandemik COVID-19.

Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob berkata menteri-menteri berkaitan akan memperhalusi inisiatif itu supaya sempadan kedua-dua negara dapat dibuka membabitkan laluan Kuala Lumpur-Jakarta-Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur-Bali-Kuala Lumpur.

"Jika dipercepatkan urusan untuk butirannya, pernyataan bersama akan dibuat untuk mengumumkan pembukaan sempadan antara Malaysia dan Indonesia,” katanya dalam sidang media bersama Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Bogor sempena lawatan sulung rasmi tiga hari beliau yang bermula pada Selasa (9 Nov).

Mengenai pekerja hijrahan warga Indonesia di Malaysia, beliau memberi jaminan untuk terus memelihara kebajikan dan perlindungan rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Encik Ismail Sabri berkata Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) diluluskan pindaannya tahun lepas, yang menjamin keselesaan penginapan pekerja, bukan sahaja untuk rakyat Malaysia tetapi juga untuk rakyat asing termasuk dari Indonesia.

Sumber : Bernama/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa