Skip to main content

Dunia

M'sia harap AS terima penjelasan tentang isu kelapa sawit, tarik balik sekatan

Malaysia berharap supaya Amerika Syarikat menerima penjelasan yang diberikan pihak FGV Holdings Bhd (FGV) berhubung beberapa dakwaan pihak berkuasa negara tersebut sehingga membawa kepada sekatan import produk sawit daripada syarikat berkenaan masuk ke Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia harap AS terima penjelasan tentang isu kelapa sawit, tarik balik sekatan

(Gambar fail: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 04 Oct 2020 09:42PM Dikemas Kini : 04 Oct 2020 09:45PM

JOHOR BAHRU: Malaysia berharap supaya Amerika Syarikat menerima penjelasan yang diberikan pihak FGV Holdings Bhd (FGV) berhubung beberapa dakwaan pihak berkuasa negara tersebut sehingga membawa kepada sekatan import produk sawit daripada syarikat berkenaan masuk ke Amerika Syarikat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed berkata FGV sudahpun memberikan penjelasan bagi menjawab dakwaan tersebut.

“Ini bukan pertama kali isu itu (dakwaan) dibangkitkan. Dalam sektor pembuatan, ia turut dibangkitkan dan kita telah memberi penerangan dan sebahagian masalah itu telah diselesaikan.

“Jadi, Malaysia berharap dengan penerangan yang diberikan, pihak Amerika Syarikat akan menerima penjelasan dan menerima semula kemasukan semula produk keluaran FGV ke negara itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke Rumah Pangsa Larkin pada Ahad (4 Okt).

Encik Mustapa berkata demikian bagi mengulas tindakan Amerika Syarikat yang menyekat kemasukan produk syarikat berkenaan di pelabuhan mereka, baru-baru ini.

Beberapa hari lepas, Agensi Perlindungan Kastam dan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) dilaporkan sebagai berkata sekatan terhadap produk-produk kelapa sawit daripada syarikat berkenaan adalah berdasarkan hasil siasatan dilakukan selama setahun.
Antara dakwaan agensi asing itu ialah syarikat itu menggunakan tenaga buruh paksa dan buruh kanak-kanak. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita