M'sia harap dapat tubuhkan gelembung lalu lintas udara dengan S'pura
Menteri Pengangkutan Malaysia Dr Wee Ka Siong berharap Malaysia dapat mengumumkan gelembung lalu lintas udara dengan Singapura dan rakan hubungan dua hala lain, tidak lama lagi.
KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Malaysia Dr Wee Ka Siong berharap Malaysia dapat mengumumkan gelembung lalu lintas udara dengan Singapura dan rakan hubungan dua hala lain, tidak lama lagi.
Perkara itu antara isu yang dibincangkan dalam kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon di pejabat menteri pada Selasa (15 Sep).
“Kami membincangkan pelbagai isu yang memerlukan perhatian kedua-dua negara bagi membolehkan kedua-dua negara meneruskan pertukaran rakyat secepat mungkin, walaupun bimbang dengan masalah pandemik yang masih berterusan.
“Komuniti perniagaan yang berkait rapat di kedua-dua belah pihak perlu segera berulang-alik dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya pada Selasa malam.
Encik Wee berkata pihak berkuasa kesihatan Malaysia akan membuat pengumuman tidak lama lagi mengenai perjanjian SOP berkenaan.
Mesyuarat itu juga turut mengemas kini perbincangan yang sedang berlangsung untuk projek Kereta Api Laju Malaysia-Singapura (HSR 2.0), kerana kedua-dua pihak semakin menghampiri tarikh 31 Disember sebagai tarikh akhir untuk menandatangani perjanjian dua hala itu.
Encik Wee berkata kejayaan menandatangani perjanjian Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru-Woodlands pada 30 Julai lepas mencerminkan komitmen bersama.
Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Isham Ishak.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.