M’sia gantung serta merta pesawat Boeing 737 MAX 8
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menggantung operasi penerbangan pesawat Boeing 737 MAX 8 yang berlepas dari dan menuju ke Malaysia serta yang membuat persinggahan di negara itu, berkuat kuasa serta-merta sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.
Sebuah pesawat Boeing 737 MAX di Renton, Washington. (Gambar: Stephen Brashear/AFP)
KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menggantung operasi penerbangan pesawat Boeing 737 MAX 8 yang berlepas dari dan menuju ke Malaysia serta yang membuat persinggahan di negara itu, berkuat kuasa serta-merta sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.
Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Ahmad Nizar Zolfakar berkata tindakan itu diambil menyusuli dua tragedi yang melibatkan pesawat jenis sama dalam tempoh kurang lima bulan.
CAAM turut mengesahkan tiada mana-mana syarikat penerbangan Malaysia menggunakan pesawat Boeing 737 MAX 8 dalam operasinya, menurut pihak berkuasa itu dalam satu kenyataan pada Selasa (12 Mac).
Malaysia menyertai negara seperti Singapura, China, Indonesia dan Australia, yang sudahpun menggantung operasi Boeing 737 MAX.
Ini berikutan nahas pesawat Ethiopian Airlines 737 MAX yang terhempas ketika dalam penerbangan ke Nairobi dari Addis Ababa pada Ahad (10 Mac), yang mengorbankan kesemua 157 penumpang dan anak kapal.
Sebelum itu, sejumlah 189 penumpang dan anak kapal maut apabila pesawat jenis sama milik Lion Air Indonesia terhempas pada Oktober tahun lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.