Skip to main content

Dunia

M'sia enggan bincang isu Laut China Selatan tanpa ASEAN

Meskipun hubungan dua hala antara Malaysia dengan China semakin bertambah baik, Malaysia tidak akan membincangkan isu berhubung Laut China Selatan "dengan Beijing sahaja".

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia enggan bincang isu Laut China Selatan tanpa ASEAN

Gambar bendera Malaysia dan China. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 24 Apr 2019 12:51PM Dikemas Kini : 24 Apr 2019 12:52PM

KUALA LUMPUR: Meskipun hubungan dua hala antara Malaysia dengan China semakin bertambah baik, Malaysia tidak akan membincangkan isu berhubung Laut China Selatan "dengan Beijing sahaja".

Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah menegaskan demikian menjelang lawatan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ke China minggu ini.

Bercakap kepada Mediacorp, Encik Saifuddin mendedahkan pemerintah China mahu membincangkan isu mengenai keselamatan di Laut China Selatan semasa mengadakan mesyuarat-mesyuarat rasmi kelak.

Beliau menarik perhatian bahawa Malaysia sebaliknya lebih condong kepada isu itu dibincangkan di peringkat ASEAN apabila membincangkan isu berkenaan dengan China.

Sebelum ini, China menyatakan bahawa ia mahu mengadakan rundingan mengenai isu Laut China Selatan secara dua hala bersama negara-negara yang membuat tuntutan seperti Malaysia, dan bukan dengan ASEAN secara kolektif.

Dr Mahathir akan melakukan lawatan ke Beijing bagi menghadiri Sidang Puncak dan Forum Jaluran Ekonomi Laluan Sutera China selama tiga hari. 

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita