Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia dijangka mampu basmi kemiskinan jelang 2030

Malaysia dijangka mampu membasmi kemiskinan menjelang tahun 2030, selaras dengan agenda Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk membasmi kemiskinan dan kebuluran.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia dijangka mampu basmi kemiskinan jelang 2030

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 08 Aug 2020 11:39PM Dikemas Kini : 08 Aug 2020 11:41PM

JELI: Malaysia dijangka mampu membasmi kemiskinan menjelang tahun 2030, selaras dengan agenda Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk membasmi kemiskinan dan kebuluran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamad berkata satu pasukan ditubuhkan di Parlimen tahun lepas, bertujuan merangka agenda Pembangunan Mampan sekali gus melihat sejauh mana Malaysia mampu mencapat matlamat yang ditetapkan PBB itu.

"Negara sedang berusaha bagi mencapai agenda berkenaan terutama membasmi kemiskinan dan kebuluran dan dalam masa yang sama, banyak ruang yang perlu diperbaiki," katanya kepada pemberita selepas Program Lawatan Tapak Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jeli di sini, hari ini (8 Ogos).

Bagaimanapun, Encik Mustapa berkata agenda membasmi kemiskinan mungkin sukar dicapai memandangkan seluruh dunia kini berdepan dengan penularan pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada sektor ekonomi dan sebagainya.

Dalam pada itu, ahli Parlimen Jeli itu berkata sehingga Jun lepas, kadar kemiskinan di Malaysia menurun kepada 5.6 peratus berbanding 7.6 peratus direkodkan pada 2016.

Selain itu, beliau berkata kadar pengangguran negara juga menurun sebanyak 0.4 peratus kepada 4.9 peratus pada Jun, berbanding 5.3 peratus pada Mei lepas susulan langkah kerajaan berjaya menggerakkan semula ekonomi negara.

"Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan, jumlah pengangguran pada Jun ialah 773,200 orang manakala Mei pula sebanyak 826,100 orang. 

"Perkembangan positif ini menunjukkan ekonomi negara semakin pulih namun perhatian serius masih perlu diberikan kerana definisi pengangguran yang diguna pakai amat luas," katanya.

Menurut beliau, dari segi konsep, penganggur adalah mereka yang tidak bekerja dan sedang mencari pekerjaan, justeru mereka yang tidak bekerja buat sementara waktu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk diberi cuti tanpa gaji, tidak dikategorikan sebagai penganggur kerana masih mempunyai pekerjaan dan kembali bekerja semula.

Kerajaan melalui pelbagai agensi, katanya, turut menyalurkan bantuan kepada mereka yang terkesan terutama golongan bekerja sendiri, termasuk menerusi bayaran daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Dalam hal ini, kerajaan memberi perhatian serius kepada 768,000 orang yang berada dalam kategori ini,” katanya. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan