M'sia dan China akan sambung semula projek ECRL pada kos lebih rendah
Malaysia dan China akan menyambung semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada kos lebih rendah.
PUTRAJAYA: Malaysia dan China akan menyambung semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada kos lebih rendah.
Hasil rundingan selama beberapa bulan melibatkan juga pemerintah kedua-dua negara, syarikat-syarikat yang berkenaan sudah memeterai satu perjanjian tambahan (SA) projek besar itu di Bejing, hari ini (12 Apr).
Projek kereta api ECRL meliputi jarak 688 kilometer.
Ia menghubungkan Pangkalan Kubor di Kelantan dengan Pelabuhan Klang di Selangor.
Kerajaan Pakatan Harapan menggantung projek itu pada Julai tahun lalu kerana prihatin tentang kosnya yang terlalu tinggi.
Di bawah perjanjian tambahan itu, kos pembinaan Fasa 1 dan 2 ECRL dikurangkan kepada RM44 bilion (S$14.5 bilion) berbanding kos asalnya, RM65.5 bilion (S$22 bilion).
Pejabat Perdana Menteri Malaysia menyatakan pengurangan kos tersebut akan memberi manfaat kepada Malaysia dan meringankan beban kewangan negara itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.