Skip to main content

Dunia

M'sia catat jumlah rekod kes COVID-19 dengan 8,290 jangkitan baru

Buat kali pertama sejak pandemik COVID-19 menular di Malaysia pada Januari tahun lepas, jumlah kes baru harian mencapai angka 8,000 pada Jumaat (28 Mei) dengan 8,290 kes dilaporkan.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia catat jumlah rekod kes COVID-19 dengan 8,290 jangkitan baru

(Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 28 May 2021 07:25PM Dikemas Kini : 28 May 2021 08:50PM

KUALA LUMPUR: Buat kali pertama sejak pandemik COVID-19 menular di Malaysia pada Januari tahun lepas, jumlah kes baru harian mencapai angka 8,000 pada Jumaat (28 Mei) dengan 8,290 kes dilaporkan.

Berdasarkan hantaran Twitter Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan kini sebanyak 549,514 kes.

Selangor kekal menjadi negeri yang menyumbang kepada kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,052 kes tetapi Kelantan menunjukkan peningkatan mendadak dengan 851 kes, seterusnya Kuala Lumpur (830), Johor (762), Sarawak (698) dan Kedah (544).

Negeri Sembilan merekodkan 520 kes, Pulau Pinang (421), Perak (405), Melaka (380), Sabah (308), Pahang (254), Terengganu (207), Putrajaya (44), Perlis (8) dan enam kes di Labuan.

Sementara itu, dalam kenyataannya Dr Noor Hisham berkata sebanyak 61 kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah terkumpul 2,552 kes.

Selangor mencatatkan kematian tertinggi iaitu 19 kes diikuti Negeri Sembilan (8), Kuala Lumpur (6), Kedah (5), Johor dan Sarawak (masing-masing 4 kes), Perak dan Melaka (masing-masing 3 kes), Pulau Pinang, Kelantan, Labuan dan Terengganu (masing-masing 2 kes), serta satu kes di Sabah. 

Sebanyak 4,814 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama menjadikan jumlah kumulatif 474,139, manakala kes aktif setakat ini berjumlah 72,823 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, 808 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 403 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau juga berkata sebanyak 21 kluster baharu dikesan membabitkan masing-masing enam kluster tempat kerja dan komuniti, empat kluster keagamaan, dua kluster pendidikan lain serta masing-masing satu kluster pendidikan tinggi, kumpulan berisiko tinggi dan pusat tahanan.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita