M'sia catat hampir 23,000 kes baru COVID-19; tertinggi sejak dilanda pandemik
Malaysia hari ini (19 Ogos) merekodkan 22,948 kes baru COVID-19, angka harian tertinggi sejak pandemik itu melanda negara tersebut.
Beberapa penduduk Malaysia berjalan-jalan di kawasan pusat beli-belah. (Gambar fail: AP)
KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini (19 Ogos) merekodkan 22,948 kes baru COVID-19, angka harian tertinggi sejak pandemik itu melanda negara tersebut.
Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 1,489,460.
Beliau berkata Selangor terus menjadi negeri yang mencatat kes tertinggi berjumlah 7,175 diikuti Sabah (2,583), Kedah (2,137), Pulau Pinang (1,655), Johor (1,526), dan Kuala Lumpur (1,439).
Sebanyak 1,271 kes pula direkodkan di Kelantan diikuti Perak (1,229), Sarawak (1,206), Melaka (737), Pahang (736), Terengganu (621), Negeri Sembilan (556), Perlis (42), Putrajaya (26), dan Labuan (9).
Semalam, Malaysia merekodkan 22,242 kes baru wabak itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.