Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia bertegas risiko terhadap kesihatan 'rendah' susuli kajian karsinogen Hong Kong

Kandungan bahan acrylamide dan glycidol bagi produk biskut yang dijual di Malaysia adalah di bawah paras yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah (EU). Maka itu, risiko terhadap kesihatan adalah rendah.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia bertegas risiko terhadap kesihatan 'rendah' susuli kajian karsinogen Hong Kong

Gambar hiasan. (Gambar fail: Facebook/Hup Seng)

Diterbitkan : 28 Oct 2021 04:23PM Dikemas Kini : 28 Oct 2021 04:30PM

KUALA LUMPUR: Kandungan bahan acrylamide dan glycidol bagi produk biskut yang dijual di Malaysia adalah di bawah paras yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah (EU).

Maka itu, risiko terhadap kesihatan adalah rendah.

Dalam kenyataannya, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan (BKKKM) menjalankan pemantauan sejak 2015 bagi produk biskut di pasaran tempatan termasuk jenama Hup Seng, Jacobs dan Julie’s yang dikilangkan di Malaysia.

BKKKM mendapati tahap purata acrylamide adalah 246 µg/kg (mikrogram setiap kilogram) berbanding paras ditetapkan EU iaitu 350 µg/kg.

"BKKM turut menjalankan penilaian risiko ke atas acrylamide dan glycidol dalam makanan dan ia menunjukkan risiko kesihatan terhadap acrylamide dan glycidol melalui pengambilan biskut adalah rendah.

"Pengguna boleh mendapatkan panduan pencemaran acrylamide di dalam makanan dari Facebook rasmi BKKM. KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Agensi Antarabangsa bagi Kajian Mengenai Barah (IARC), acrylamide dan glicidol merupakan bahan karsinogen dan boleh menimbulkan risiko terhadap kesihatan manusia.

Acrylamide adalah bahan pencemaran yang boleh terhasil semasa pemprosesan atau penyediaan makanan, namun bahan pencemaran tersebut boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses yang bersesuaian.

Sebelum ini, Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn Bhd, anak syarikat Hup Seng Industries Bhd memberikan jaminan bahawa biskut yang dikeluarkan dan dipasarkan di Malaysia selamat untuk dimakan, selain menepati kawal selia, piawai mutu dan keselamatan makanan.

Ini menyusuli laporan CHOICE Magazine di laman web Majlis Pengguna Hong Kong berhubung 60 jenama produk konfeksi tepung termasuk biskut, yang dijual di pasaran Hong Kong mengandungi acrylamide dan glicydol.

Antara jenama yang disenaraikan termasuk jenama biskut Hup Seng, Jacobs dan Julie’s yang dikilangkan di Malaysia.

Sumber : CNA/BERNAMA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan