Skip to main content

Dunia

M'sia benarkan khidmat gunting, dandan rambut sambung operasi mulai 10 Jun

Perkhidmatan guntingan dan dandanan rambut serta kecantikan dibenarkan beroperasi mulai 10 Jun ini dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia benarkan khidmat gunting, dandan rambut sambung operasi mulai 10 Jun

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 06 Jun 2020 05:25PM Dikemas Kini : 06 Jun 2020 06:13PM

PUTRAJAYA: Perkhidmatan guntingan dan dandanan rambut serta kecantikan dibenarkan beroperasi mulai 10 Jun ini dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata ini susulan sumbangan sektor itu kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang berjumlah RM13.5 bilion (S$4.41 bilion) setahun.

“Sektor ini juga melibatkan 74,500 tenaga kerja dari 16,728 perniagaan yang berdaftar.

Antara aktiviti yang dibenarkan termasuk guntingan dan cucian rambut asas, cukur jambang dan misai, solekan dan rawatan rambut, merias dan merawat kuku serta cucian dan rawatan muka, katanya pada sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya pada Sabtu (6 Jun).

Encik Ismail Sabri juga berkata bagi golongan yang berisiko iaitu individu berusia 60 tahun ke atas, proses guntingan adalah diwajibkan secara temu janji dan tanpa kehadiran pengunjung daripada kumpulan umur lain.

“Ini bagi mengelakkan mereka bercampur dengan orang lain kerana warga emas merupakan kumpulan umur yang berisiko tinggi,” katanya.

Beliau berkata bagi kanak-kanak bawah umur 12 tahun pula, ibu bapa dibenarkan hadir sama tetapi perlu mematuhi pemakaian alat pelindung diri seperti pelitup muka dan apron pakai buang.

“SOP yang perlu dipatuhi termasuklah pemakaian pelindung muka dan apron pakai buang oleh pekerja, pemakaian satu set sarung tangan bagi setiap pelanggan dan jarak antara kerusi tukang gunting perlulah sekurang-kurangnya dua meter,” katanya.

Encik Ismail Sabri turut meminta pengusaha menyediakan apron pakai buang yang berbeza untuk setiap pelanggan dan tidak boleh menggunakan tuala yang dikongsi.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita