M'sia belum terima permohonan ekstradisi Zakir Naik: Wan Azizah
Kerajaan Malaysia belum menerima sebarang permohonan daripada pemerintah India untuk menghantar pulang pendakwah bebas Dr Zakir Naik, ke negara berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dr Wan Azizah Wan Ismail. (Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia belum menerima sebarang permohonan daripada pemerintah India untuk menghantar pulang pendakwah bebas Dr Zakir Naik, ke negara berkenaan.
Justeru, Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail berkata tiada keperluan untuk kerajaan Malaysia berbuat demikian.
"Saya memang tanya juga (kepada perdana menteri) tapi setakat sekarang, pihak kerajaan Malaysia tidak menerima apa-apa permohonan daripada India untuk ekstradisi Dr Zakir Naik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pandan di Kuala Lumpur pada Ahad (16 Jun).
Sebelum ini, Perdana Menteri Mahathir Mohamad dilaporkan berkata Malaysia tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya Dr Zakir dihantar pulang ke India.
Dr Mahathir menegaskan Malaysia mempunyai hak sama ada mahu menghantar pulang atau tidak pendakwah terkenal itu ke negara asalnya selepas pemerintah India dilihat begitu terdesak untuk menahan Dr Zakir atas tuduhan pengubahan wang haram di negara tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.