M'sia bahas turunkan had umur undi pada sesi Parlimen depan: Syed Saddiq
Usul pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun daripada 21 tahun sebelum ini akan dibawa ke sesi Parlimen yang akan datang.
Encik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. (Gambar: Ummu Rabbisyfina/BERITAMediacorp)
SHAH ALAM: Usul pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun daripada 21 tahun sebelum ini akan dibawa ke sesi Parlimen yang akan datang.
Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pada sesi Parlimen akan datang kementerian beliau sendiri akan membentangkan usul berkenaan untuk dibahaskan.
"Jemaah menteri sudah bersetuju agar usul ini dibawa ke sesi parlimen akan datang, pada Jun atau Julai ini, Kementerian Belia dan Sukan akan membentangkan usul ini bagi pihak kerajaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama di Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada Isnin (1 Apr).
Perlembagaan Persekutuan menetapkan umur 21 tahun sebagai had kelayakan mengundi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.