Skip to main content

Dunia

M'sia akan terima bayaran pertama wang 1MDB dalam waktu terdekat, kata Lim Guan Eng

Malaysia akan menerima pembayaran pertama wang yang didakwa dicuri daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tahun ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia akan terima bayaran pertama wang 1MDB dalam waktu terdekat, kata Lim Guan Eng

Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng. (Gambar: Lua Jiamin)

Diterbitkan : 30 Jan 2019 08:15PM Dikemas Kini : 30 Jan 2019 08:19PM

PUTRAJAYA: Malaysia akan menerima pembayaran pertama wang yang didakwa dicuri daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tahun ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Tanpa mendedahkan jumlah dan sumber wang itu, Encik Lim berkata: "Ia bukan berbilion tetapi sekurang-kurangnya ia permulaan yang baik.

"Ini merupakan berita baik. Kami berharap ini akan disusuli dengan pembayaran berikutnya kepada Malaysia, di mana kami akan mendapat balik wang yang dicuri daripada 1MDB,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek RM20 juta (S$6.6 bilion) kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal pengguna untuk Kempen Beli Barangan Malaysia hari ini (30 Jan).

Tahun lalu Encik Lim dipetik sebagai berkata Malaysia menjangkakan untuk mendapat semula dana sehingga RM14.4 bilion (S$4.7 bilion) yang berpotensi hilang menerusi 1MDB.

Encik Lim berkata beliau menjangkakan pembayaran awal pertama akan dibuat pada bila-bila masa dalam waktu terdekat, dengan butirannya akan diumumkan apabila ia dimuktamadkan.

Berhubung laporan berita mengenai kajian oleh kumpulan pemikir Global Financial Integrity berpangkalan di Washington yang meletakkan Malaysia di nombor tiga selepas China dan Mexico dalam aliran keluar wang haram pada 2015, Encik Lim berkata: "Di sebalik berita buruk, ada berita baik berhubung penerimaan pembayaran pertama daripada 1MDB."

Encik Lim turut menggesa parti-parti politik yang menyuarakan sokongan terhadap Pelan Antirasuah Nasional yang dilancarkan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad semalam, untuk memulangkan semula wang yang diterima daripada 1MDB.

"Saya harap mereka dapat pulangkan semula wang itu kepada kerajaan. Parti politik yang mana, saya fikir semua orang tahu,” katanya.

Ditanya sekiranya parti politik berkenaan tidak memulangkan semula wang itu, Encik Lim berkata tindakan perlu termasuk tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka. 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita