Skip to main content

Dunia

M'sia akan runding penangguhan HSR dengan S'pura: Mahathir

Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad berkata kerajaannya merancang untuk merundingkan penangguhan projek Kereta Api Laju (HSR) dengan Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 Jul 2018 02:06PM Dikemas Kini : 19 Jul 2018 09:17PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad berkata kerajaannya merancang untuk merundingkan penangguhan projek Kereta Api Laju (HSR) dengan Singapura.

Sebelum ini Dr Mahathir berkata beliau akan membatalkan projek laluan kereta api antara Kuala Lumpur dengan Singapura itu dan akan berunding dengan Singapura tentang sebarang pampasan yang perlu dibayar.

"Apabila kami melihat kedudukan kewangan negara kami fikir kami tidak dapat meneruskannya (projek HSR)," beliau memberitahu wartawan di parlimen.

"Namun selepas meneliti projek itu dan implikasi pembatalan kontrak secara sepihak, kami memutuskan mungkin perlu menangguhkannya, kami mungkin perlu turunkan kosnya. Tetapi mengurangkan kos sangat sukar buat masa ini, jadi ia perlu ditangguhkan."

Menteri Ehwal Ekonomi Azmin Ali pada Rabu berkata beliau merancang untuk melakukan lawatan ke Singapura menjelang hujung Julai untuk membincangkan kedudukan perjanjian yang dimeterai dengan kerajaan yang dipimpin Encik Najib Razak sebelum ini.

Singapura pada 1 Jun mengirim nota diplomatik kepada Malaysia untuk mendapatkan penjelasan berkenaan projek HSR. Tiada jawapan rasmi diterima, namun kerajaan Malaysia sudah memaklumkan bahawa ia akan mengusulkan tarikh pertemuan dengan Singapura.

"Singapura mahu tahu apakah pendirian kami namun kini secara rasmi kami akan utuskan menteri," kata Dr Mahathir.

"Masalahnya sekarang adalah jika kami membatalkannya secara sepihak, kami perlu membayar pampasan yang sangat tinggi. Tentulah kami tidak boleh katakan kami tidak akan membina HSR. Namun buat masa ini kami tidak ada dana. Jadi kami perlu tangguhkan," tambahnya lagi.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita